PKKKCIP adalah sebuah
pertubuhan kebajikan yang didirikan sejak tahun 1999. Ia diasaskan oleh sekumpulan individu yang berazam untuk
membantu kanak-kanak cacat mencapai kehidupan yang lebih baik.
Pada permulaannya, PKKKCIP beroperasi di sebuah rumah banglo dengan 2 orang kanak-kanak cacat yang dijaga oleh 2
orang kakitangan. Oleh kerana PKKKCIP adalah sebuah pertubuhan kebajikan, ramai kanak-kanak cacat telah dihantar
ke pusat kami untuk mendapat jagaan yang lebih baik. Jumlah anggota PKKKCIP pada hari ini telah mencapai 58 orang
dan PKKKCIP juga telah mengupah 12 orang pekerja untuk menjaga mereka.
Pada mula-mulanya, PKKKCIP hanya dibuka untuk kanak-kanak yang cacat saja. Oleh kerana terdapat ramai orang cacat juga
diabaikan oleh keluarga mereka masing-masing, PKKKCIP telah mengambil keputusan untuk memainkan peranan sebagai sebuah
persatuan kebajikan yang menjaga semua orang kurang upaya di Malaysia.
Oleh kerana jumlah anggota-anggota PKKKCIP semakin bertambah, jawatankuasa PKKKCIP telah merancang untuk mengembangkan
tempat tinggal dan juga membekalkan perkhidmatan yang lebih baik untuk mereka. Pada setiap bulan jawatankuasa PKKKCIP
akan mengaturkan beberapa doctor untuk menjalankan penyemakan badan bagi setiap anggota PKKCIP.
Oleh sebab PKKKCIP adalah sebuah persatuan kebajikan, beban kewangan pusat adalah berat kerana PKKCIP berazam untuk
membina sebuah tempat tinggal yang lebih selesa dan membekalkan kehidupan yang lebih baik bagi anggota-anggota PKKKCIP.
PKKKCIP sangat berterimakasih kepada masyarakat awam kerana tanpa dermaan daripada masyarakat awam, PKKKCIP tidak dapat
beroperasi dengan baik hingga sekarang.
* PS: Maklumat dibekalkan oleh PKKKCIP.
|