Sejak ditubuhkan,
PKKKCIP telah mengambil langkah untuk memindahkan tempat kediaman masyarakat kurang keupayaan ke tempat yang selesa.
Kami mengambil berat tentang anggota-anggota di persatuan kebajikan kami dari pelbagai segi, termasuk asrama, makanan,
perubatan, kemahiran latihan dan lain-lain.
PKKKCIP adalah sebuah persatuan kebajikan yang membantu masyarakat kurang upaya untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.
PKKKCIP ditubuhkan pada tahun 1999, November 16, terletak di Jalan Kampar, Ipoh, Perak. Kebanyakan anggota PKKKCIP
berasal dari keluarga ibu atau bapa tunggal yang miskin dan berpendidikan rendah.
Untuk menjaga masyarakat yang kurang upaya, jawatankuasa PKKKCIP akan mencuba sedaya-upaya untuk mendirikan satu
tempat kediaman yang selesa bagi mereka. Bersama-sama dengan sokongan daripada masyarakat, PKKKCIP telah
menambahkan pelbagai kemudahan di pusat supaya anggota-anggota PKKKCIP dapat menikmati hidup yang baik di
keluarga yang besar ini.
Pada masa PKKKCIP mula-mula ditubuhkan, ia hanya terdapat 4 anggota saja. Walaubagaimanapun, jumlah anggota-anggota
PKKKCIP pada hari ini telah mencapai 58 orang. Penambahan anggota telah meninggikan perbelanjaan bulanan pusat dan
menambahkan beban kewangan jawatankuasa PKKKCIP.
Demi mengurangkan beban PKKKCIP, satu divisyen kitar semula telah ditubuhkan pada Mac 1, 2006. 2 lori ronda
masing-masing meronda ke sekitar kawasan Perak setiap hari untuk mengumpulkan bahan-bahan lama yang boleh
dikitarsemulakan seperti buku lama, suratkhabar lama dan lain-lain. Bahan-bahan yang dikumpul akan dijual,
dan wang yang terdapat dari jualan tersebut akan digunakan untuk menampung berbelanjaan harian PKKKCIP.
Kira-kira 98% daripada anggota-anggota PKKKCIP tidak berpontensi untuk memimpin hidup sendiri tanpa bantuan orang lain.
Sebahagian anggota PKKKCIP telah diaturkan untuk bekerja di bengkel kraftangan, supaya mereka dapat menguasai satu
kemahiran hidup. Semua bahan-bahan adalah disediakan oleh pengusaha kilang yang diaturkan oleh jawatankuasa PKKKCIP.
Gaji yang diterima akan masuk ke dalam akaun bank anggota-anggota masing-masing.
Oleh kerana jumlah anggota PKKKCIP bertambah ramai, pada tahun 2003 bulan November, jawatankuasa PKKKCIP telah menyewa
sebuah bangunan terletak di Jalan Cheng Ah Meng untuk menyelesaikan masalah ketidakcukupan tempat tinggal bagi
kanak-kanak di pusat Jalan Kampar. Untuk menyelesaikan masalah ketidakcukupan tempat tinggal dan membekalkan tempat
tinggal yang lebih baik bagi kanak-kanak PKKKCIP, jawatankuasa PKKKCIP telah mengambil keputusan untuk mendirikan
sebuah pusat yang baru. Mereka telah membeli sebuah tanah di Pasir Pinji Ipoh untuk mendirikan sebuah bangunan yang
besar sebagai pusat PKKKCIP baru.
Pada masa kini, kira-kira RM300,000.00 pada setiap tahun akan digunakan untuk menbiayai perbelanjaan PKKKCIP. Oleh itu,
kami telah melancarkan beberapa aktiviti seperti dermaan jamuan makan dan lain-lain lagi untuk mengumpulkan dermaan
demi pembangunan tersebut. Kami harap dapat sambutan yang meriah daripada masyarakat awam.
PKKKCIP bergantung kepada dermaan daripada masyarakat awam untuk meneruskan usaha untuk menjaga kanak-kanak kurang
upaya. Walaubagaimanapun, kami harap masyarakat awam akan meneruskan sokongan kepada kami dengan menderma barang-barang
keperluan atau wang kepada pusat kami supaya anggota-anggota PKKKCIP dapat terus berhidup dalam keadaan yang baik.
* PS: Maklumat dibekalkan oleh PKKKCIP.
|