Versi: English Bahasa Malaysia ¼òÌåÖÐÎÄ
Logo PKKKCIP Berilah berkat kepada PKKKCIP! Kanak-kanak di PKKKCIP
PKKKCIP - Latar Belakang
PKKKCIP - Latar Belakang - Program Kitar Semula

Pada masa sekarang, PKKKCIP mengalami masalah kewangan kerana PKKKCIP mengupah 12 orang kakitangan, termasuk seorang pemandu kereta, untuk menjaga 58 anggota PKKKCIP, dan PKKKCIP juga kena membayar perbelanjaan harian lain. Beban kewangan yang ditanggung oleh PKKKCIP adalah sangat berat.

Sebagai sebuah persatuan kebajikan, PKKKCIP sangat bergantung kepada dermaan dari masyarakat awam. Kira-kira 85% daripada keluarga kanak-kanak di PKKKCIP tidak dapat membayar yuran penjagaan kepada pusat. Dermaan awam yang diterima adalah di antara RM3,000.00 hingga RM8,800.00 saja setiap bulan. Wang dermaan yang diterima tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan pusat sebanyak RM20,000.00 setiap bulan. Program kitar semula ini adalah sebuah program yang bertujuaan untuk meninggikan pendapatan bulanan pusat. Program ini dimulakan sejak bulan Mac tahun 2006.

PKKKCIP telah menyediakan 2 lori dengan logo PKKKCIP untuk mengumpul barang-barang kitar semula seperti baju, bekas-bekas, kodak kertas, surakhabar, bateri lama, barang-barang eletronik lama, majalah dan lain-lain di sekitar kawasan Perak.

Barang-barang elektronik lama dan baju lama akan diletak di pusat PKKKCIP untuk kegunaan anggota-anggota pusat. Barang-barang yang lain akan dijual ke pusat mengumpul barang-barang kitar semula untuk mendapatkan wang. Ini adalah satu cara untuk mengurangkan beban kewangan pusat.

PKKKCIP harap masyarakat awam memberi sokongan kepada progam ini. Sesiapa yang ingin menderma barang-barang lama kepada PKKKCIP, sila menghubungi Mr. Lim Lim 016-5416040/012-5715553, Ah Shen 016-5111537, atau talian hotline PKKKCIP 05-2436235.

PKKKCIP

* PS: Maklumat dibekalkan oleh PKKKCIP.

Kebajikan tiada hadnya
Introduksi | Jawatankuasa & Staf | Program Kitar Semula | Penduduk PKKKCIP | Hubungilah Kami | Membuat Dermaan
2006 © Semua hak cipta laman web ini terpelihara.
PKKKCIP, Ipoh, Negeri Perak.
Dibina & ditadbir daripada 2Shade Design
DISCLAMIER: Users assume total responsibility for their respective use of the information contained in this portal. All such information including information on participants has not been independently verified for its accuracy or validity. It is solely the user's responsibility to evaluate and verify the accuracy, completeness and usefulness of all opinions, advice, services and other information provided through this site. Neither ILC (ilovecharity.com)/2Shade Inc, its servants or agents makes any representations or gives any warranties of any kind, express or implied, as to the operation of the site, the information, content, materials or services included on the site to the full extent permissible by applicable law.