PKKKCIP menampung 58 penghuni (kanak-kanak dan orang
dewasa) yang kurang upaya. Mereka amat memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada anda
kerana sumbangan anda merupakan harapan mereka.
Anda boleh memberi sumbangan anda dalam pelbagai bentuk,
e.g.: makanan, pampers, kegunaan/keperluan harian, wang dan
sebagainaya. Di samping itu, anda juga boleh menawarkan diri
anda untuk mengajar penghuni-penghuni PKKKCIP membaca ataupun
menulis, atau menolong untuk mencantikkan kawasan kediaman
mereka. Sumbangan daripada anda adalah amat dihargai oleh
Penghuni-Penghuni dan kakitangan di PKKKCIP.
Anda juga boleh membantu kami untuk menyebarkan maklumat-maklumat mengenai PKKKCIP dan penghuni-penghuninya kepada
keluarga, saudara mara dan kawan-kawan anda. Anda juga boleh menderma kepada RKKKC. Dermaan boleh dikategorikan kepada beberapa bentuk:
1. Dermaan tunggal
2. Dermaan bulanan
3. Penganjuran (Menganjur kanak-kanak)
4. Memberi makan tengah hari ataupun makan malam
5. Aktiviti-aktiviti khas
Anda boleh hantar cek atau wang pos bersama dengan maklumat hubungan anda ke PKKKCIP dengan pos (Cek
dibayar kepada: "Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Cacat").
PKKKCIP akan menghubungi anda dan menghantar balik satu resit kepada anda, jika anda minta.
Kalau anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai dermaan, sila hubungi PKKKCIP via telefon. Jika anda ingin hubungi kami,
sila lawat "Hubungilah Kami".

|