Versi: English Bahasa Malaysia ¼òÌåÖÐÎÄ
Logo PKKKCIP Berilah berkat kepada PKKKCIP! Kanak-kanak di PKKKCIP
PKKKCIP - Temuramah
PKKKCIP - Temuramah - dengan Pengerusi

Temuramah dengan Encik Cheong Kok Leong, Pengerusi PKKKCIP

Temuramah dengan Cheong Kok LeongS: Berapakah luasnya pusat PKKKCIP?
J: Lebih kurang 9000 sq. m.

S: Berapakah orang penghuni dan staf di sini?
J: 58 penghuni yang berkurang upaya (terdiri daripada kanak-kanak dan dewasa), dan 12 kakitangan.

S: Bolehkah anda menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah pusat kebajikan ini?
J: PKKKCIP didirikan pada tahun 1999 di Jalan Kampar, Ipoh. Umur ringkungan penghuni-penghuni di sini adalah daripada 6 hingga 60 tahun. Kebanyakan mereka berasal dari keluarga ibu atau bapa tunggal yang miskin. PKKKCIP telah menanggung beban kewangan yang berat sejak ditubuhkan.

S: Adakah kerajaan negeri Perak memberi subsidi kepada PKKKCIP?
J: Ada, tetapi tak banyak kerana perbelanjaan bulanan kami adalah sangat tinggi. Kami menerima RM5000-RM10000 daripada kerajaan negeri Perak setiap tahun. Walaubagaimanapun, wang subsidi dari kerajaan telah mengurangkan sedikit sebanyak beban kewangan pusat kami.

S: Bagaimanakah dermaan diterima?
J: Orang awam boleh menderma wang, makanan ataupun keperluan harian kepada PKKKCIP pada bila-bila masa. Biasanya orang awam akan menelefon untuk memberitahu kami mereka akan memasukkan wang dermaan ke dalam akaun bank PKKKCIP. Di samping itu, orang-orang awam juga boleh menawarkan diri untuk mengajar penghuni-penghuni PKKKCIP membaca ataupun menulis. PKKKCIP juga menganjurkan kempen kebajikan dari masa ke masa, seperti Jamuan Kebajikan yang telah dianjurkan baru-baru ini, dengan tujuan untuk mendapatkan lebih banyak dermaan.

S: Bagaimanakah PKKKCIP menerima penghuni-penghuni? Adakah apa-apa syarat untuk menerima menerima mereka?
J: PKKKCIP menerima kanak-kanak dan orang dewasa yang berkurang upaya dari segi mental dan fizikal dengan 1 syarat, iaitu ibubapa mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga mereka. Kami sebenarnya mengelakkan kanak-kanak yang terlalu tinggi dan besar, kerana mereka mungkin akan menjadi ancaman kepada penghuni-penghuni lain jika mereka tiba-tiba kehilangan penguasaan emosi diri.

Kebajikan tiada hadnya
Introduksi | Jawatankuasa & Staf | Program Kitar Semula | Penduduk PKKKCIP | Hubungilah Kami | Membuat Dermaan
2006 © Semua hak cipta laman web ini terpelihara.
PKKKCIP, Ipoh, Negeri Perak.
Dibina & ditadbir daripada 2Shade Design
DISCLAMIER: Users assume total responsibility for their respective use of the information contained in this portal. All such information including information on participants has not been independently verified for its accuracy or validity. It is solely the user's responsibility to evaluate and verify the accuracy, completeness and usefulness of all opinions, advice, services and other information provided through this site. Neither ILC (ilovecharity.com)/2Shade Inc, its servants or agents makes any representations or gives any warranties of any kind, express or implied, as to the operation of the site, the information, content, materials or services included on the site to the full extent permissible by applicable law.